WASHINGTON DC:Presiden Joe Biden bertemu dengan pemimpin perniagaan di White House bagi membincangkan keperluan kritikal dalam 'Pelan Penyelamat Amerika' untuk menyelamatkan ekonomi.
Naib Presiden, Kamala Harris dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen juga menyertai Biden ke mesyuarat Oval Office pada Selasa.
Biden mengemukakan rancangan bantuan koronavirus bernilai AS$1.9 trilion sebagai tindak balas segera terhadap wabak itu tetapi menghadapi tentangan yang sukar untuk meluluskannya di Capitol Hill.
Demokrat hanya mempunyai majoriti Dewan Perwakilan dan Senat yang tipis.
Penentangan republikan terhadap rancangan itu boleh dibuat sebulat suara dan demokrat harus memenangi hati kumpulan Republikan sederhana yang bimbang pakej itu terlalu progresif.
Satu tentangan yang diterima adalah kaedah Demokrat mencadang dan mengehadkan pembayaran bantuan AS$1,400 kepada individu dengan pendapatan AS$75,000 atau kurang dan secara beransur ansur menghentikannya kepada individu dengan pendapatan AS$100,000.
Pasangan dengan pendapatan hingga AS$150,000 akan mendapat pembayaran bantuan AS$2,800 yang secara beransur-ansur berkurangan sehingga mencapai pasangan dengan pendapatan AS$200,000.
Tahap pendapatan ini menyebabkan perpecahan dalam kalangan Demokrat.
Ini kerana golongan sederhana berpendapat pelepasan harus lebih bersasar kepada kumpulan yang memerlukan.
Biden menyatakan beliau tidak akan meluluskan pembayaran setiap individu di bawah paras AS$1,400 namun Presiden AS itu lebih fleksibel terhadap had pendapatan.
Wabak koronavirus telah membunuh lebih 460,000 rakyat AS sementara ekonomi mereka telah kehilangan 10 juta pekerjaan sejak permulaan krisis tahun lalu.
Astro Awani
Wed Feb 10 2021
Biden mengemukakan rancangan bantuan koronavirus bernilai AS$1.9 trilion sebagai tindak balas segera terhadap wabak itu. -REUTERS
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
Pemandu maut selepas langgar pintu pagar Rumah Putih
Sebuah kenderaan yang bergerak dengan laju melanggar sebuah pintu pagar Rumah Putih pada Sabtu malam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel tambah laluan bantuan ke Gaza selepas tekanan AS - White House
Pengumuman itu hanya beberapa jam selepas Presiden Joe Biden memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa pembaharuan besar perlu dilakukan.
AS senaraikan semula Houthi sebagai pengganas
Ia dilihat sebagai usaha terbaharu Washington untuk membendung serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah.
White House elak kritik tindakan Israel serang kem pelarian di Gaza
AS tidak akan beri sebarang maklum balas terhadap apa sahaja perkembangan terbaharu di wilayah peperangan antara Israel dan Hamas.
20 warga Amerika masih hilang di Israel - White House
Jumlah rakyat AS yang menjadi tawanan pula tidak dapat disahkan oleh White House.
Rumah Putih enggan ulas mengenai laporan Ukraine gagalkan plot cubaan bunuh Zelensky
Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre enggan mengulas mengenai laporan mengenai Ukraine menggagalkan cubaan bunuh Presiden Volodymyr Zelensky, lapor Sputnik.
AS tentu sahih maklumat tentera seberang ke Pyongyang
Menurut jurucakap White House, Karine Jean Pierre, buat masa ini mereka mengenal pasti anggota berkenan sebagai Prebet Travis T King.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.